Wednesday, April 21, 2021

Pembinaan Google Docs

 




LANGKAH-LANGKAH PEMBINAAN GOOGLE DOCUMENTS


1.  Anda harus membuka pautan Google seperti gambar rajah ini :-





 

2.  Dan setelah itu anda perlu menekan butang google apps di sebelah bucu kanan bahagian atas pautan google skrin anda :-




 

3.  Selepas anda memilih butang Google apps, anda akan dapati banyaknya alatan atau aplikasi yang anda boleh gunakan. Dan sekarang ini bagi mencipta google documwnt anda perlu mencari alatan tersebut didalam google apps :-



4.  Setelah anda memilih aplikasi docs kini anda boleh mula mencipta google docs anda sendiri. Disini anda akan dapati beberapa template yang disediakan untuk kemudahan dan kegunaan anda. Diantaranya adalah Educations, letter, resume, personal, Work, sale, legal, human resource, dan freelancer engagement. Anda boleh memilih kategori template mengikut kesesuian anda. Jika anda ingin memulakan docs anda tanpa menggunakan template ini anda boleh menekan pada pilihan Blank.

 



5.  Setelah anda memilih Pilihan Blank anda akan sudah boleh membuat docs anda sendiri mengikut citarasa anda. Anda juga boleh mengubah tajuk docs anda dengan menulis di ruangan Untitled Document. Didalamnya juga terdapat pilihan pengubahsuian hampir sama dengan microsfot word. Anda juga boleh memilih jenis Font, ukuran dan pilihan lain mengikut kesesuian anda.


 




6.  Setelah anda selesai mencipta Google document anda sendiri, anda boleh menghantar docs anda memlalui email atau memuat turun documents anda dalam bentuk Microsoft word, Pdf file dan lain-lain lagi. Tidak itu sahaja jika anda seorang penulis artikel ataupun blog, anda juga boleh terus memaparkan penulisan anda di laman web google atau anda boleh terus print hasil kerja anda.

 





 

7.  Setelah anda selesai mencipta document anda, anda juga boleh menyimpan docs anda, secara automatik ianya akan tersimpan didalam drive. Kita juga tidak perlu khuatir jika sekiranya komputer dan telefon bimbit hilang atau rosak. Kerana segala maklumat yang anda telah cipta tersimpan rapi didalam drive yang telah anda kongsikan.


 




 7.1


7.2




Dengan mengikuti langkah-langkah tadi, kini anda telah berjaya mencipta google document anda sendiri tanpa sebarang masalah. Seharusnya masyarakat didedahkan dengan penggunaan Google Document kerana ianya dapat menjimatkan masa, serta melancarkan kerja harian dengan rapi. Kita juga boleh menerokai aplikasi yang disediakan Google kepada pelanggannya. Lebih banyak kita terokai kita dapati lebih banyak aplikasi yang boleh kita gunakan pada masa akan datang.

 

 

Pembinaan Google Alert

 




GOOGLE ALERTS DAN KELEBIHANNYA

 

Perkembangan dunia digital pada hari ini terus berkembang pesat dan terdapat ramai orang yang memanfaatkan kebolehan mereka dalam dunia digital untuk membuat sesuatu yang baru atau mengubah yang sedia ada. Suatu ketika dahulu, aplikasi Yahoo atau Hotmail telah digunakan untuk menghantar e-mel, mesej atau pendaftaran. Tetapi tidak lama kemudian, sebuah syarikat swasta daripada Amerika Syarikat yang bernama Google telah muncul. Terdapat beberapa perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google yang jarang diketahui oleh orang ramai. Salah satu perkhidmatan tersebut adalah Google Alerts.

Google Alerts adalah perkhidmatan yang menghasilkan enjin carian berdasarkan kriteria yang disusun dan memberikan hasil carian langsung ke akaun e-mel anda. Perkhidmatan ini boleh digunakan dalam pelbagai aspek seperti memantau web untuk mendapatkan maklumat khusus mengenai syarikat, populariti kandungan dalam talian, bahkan menunjukkan perkembangan berita terkini, maklumat selebriti atau trend terkini. Contohnya, melalui Makluman Web (Web Alerts), aplikasi Google akan memberitahu bahawa laman web baru telah muncul pada 20 teratas hasil carian web google yang mereka lakukan.

Perkhidmatan ini boleh dikategorikan sebagai mesin pencari secara umum tetapi lebih khusus kerana ia secara langsung dapat memilih jenis berita yang ingin dibaca dan pilihan sumber. Laporan dari Gizbot.com, ini adalah cara paling mudah untuk menggunakan Google Alert pada peranti anda. Seperti yang sudah sedia maklum, Google Alerts adalah perkhidmatan yang tidak diketahui oleh ramai orang. Kemungkinan, ada sebilangan yang tidak berminat dengan perkhidmatan ini atau mungkin tidak mengenali sepenuhnya dengan perkhidmatan ini. Hakikatnya, Google Alerts memberikan banyak faedah kepada penggunanya sama ada untuk blogger atau laman web syarikat.

Antara faedahnya ialah Google Alerts dapat mengesan perkembangan jenama syarikat dengan mudah di laman sesawang seperti sama ada pelanggan bercakap mengenai perkara positif mengenai jenama sesebuah syarikat atau perkara negatif pada waktu tersebut. Caranya adalah dengan hanya perlu menulis jenama tersebut di Google Alerts. Kemudian, perkhidmatan ini akan memberikan semua hasil carian mengenai berita atau artikel mengenai jenama syarikat tersebut.

Selain memerhatikan perkembangan jenama, faedah lain yang diberikan oleh Google Alerts adalah ia juga dapat memantau pergerakan pesaing. Dalam dunia pemasaran, penting untuk memerhatikan perkembangan yang dilakukan oleh pesaing agar tidak ketinggalan. Perkara yang mesti dilakukan ialah memasuki laman web atau jenama pesaing di Google Alerts. Kemudian, maklumat mengenai pesaing akan terus dihantar ke e-mel. Di samping itu, Google Alerts dapat membuat penggunanya sentiasa dikelilingi dengan berita-berita terkini mengikut kata kunci yang ingin dicari. Berita terkini adalah perkara yang penting untuk pembangunan sama ada untuk individu seperti blogger atau syarikat.

 

CARA MENDAFTAR AKAUN GOOGLE

1. Pergi ke halaman Pendaftaran Gmail dan masukkan maklumat peribadi anda seperti :-

·         Nama pertama dan keluarga anda

·         Nama pengguna - Nama pengguna anda mestilah yang belum digunakan oleh orang lain. Jika nama pengguna yang anda mahu gunakan sudah diambil, anda perlu memilih yang lain.

·         Kata laluan - Sila pilih kata laluan menggunakan gabungan huruf, yang kuat untuk memastikan akaun anda selamat dengan nombor dan simbol dalam kata laluan anda.












2. Setelah anda menyediakan semua maklumat yang diperlukan, tekan Seterusnya. Jika anda mengisi dengan tidak betul, Google akan menunjukkan mesej ralat untuk memberitahu anda supaya menyemak semula.


3. Anda mungkin diminta memberikan nombor telefon untuk mengesahkan akaun anda. Jika ya, masukkan nombor telefon anda dan kemudian tekan Hantar.





4. Google akan menghantar mesej teks yang menandungi kod pengesahan 6 digit ke nombor telefon anda. Semak telefon anda dan masukkan kod ke dalam ruang yang disediakan. Kemudian, tekan Sahkan. 

5. Anda perlu memberikan beberapa maklumat lain termasuk:

·         Alamat e-mel pemulihan anda (pilihan)

·         Hari jadi anda

·         Jantina anda Dan tekan Seterusnya. 

6. Semak Syarat Perkhidmatan dan Dasar Privasi Google. Kemudian. lihat ke bahagian bawah dan klik SAYA SETUJU.



7. Kemudian, Akaun Gmail anda telah berjaya dibuat dan anda boleh mula menggunakan Gmail dan perkhidmatan Google yang lain.



 CARA MENGGUNAKAN GOOGLE ALERTS

1. Pergi ke google.com/alerts. Pastikan anda masuk ke Google Alerts dengan akaun Google yang ingin anda gunakan.




 2. Masukkan kata kunci yang diinginkan ke dalam ruang yang telah disediakan.



 3. Untuk membuat tetapan untuk Google Alerts, cara yang dapat dilakukan adalah dengan memilih "Show Options (Lihat Pilihan)" di bawah ruang pertanyaan.


·         Pilih berapa kerap anda mahu mendapat pemberitahuan (How Often). Anda boleh mengatur masa penghantaran, dari harian, mingguan, hingga bulanan.






·         Pilih jenis laman web yang akan anda lihat. Google Alerts tidak meliputi media sosial, tetapi anda boleh memilih sumber artikel atau berita yang anda mahukan, seperti sumber dari laman web, buku, video, atau bahkan dari blog. 


·         Pilih bahasa. Sekiranya anda hanya mementingkan satu bahasa, inilah peluang anda untuk membuat pilihan itu.

 


·         Pilih negara atau bahagian dunia yang anda mahukan maklumat. Sekiranya jenama anda hanya terdapat di negara tertentu atau jika anda berkembang ke pasaran baru. Hal ini boleh memudahkan pencarian anda.


 




·         Pilih berapa banyak hasil yang anda mahu lihat antara "hanya yang terbaik" dan "semuanya". Dengan kata lain, sama ada anda mahu mencari setiap sebutan kata kunci anda atau anda akan membiarkan Google memilih laman yang paling penting berdasarkan kata kunci tersebut.

 



·         Pilih alamat e-mel untuk dihantar segala pencarian kata kunci tersebut.




 


4. Setelah menyesuaikan tetapannya, tekan butang "Create Alerts (Buat Makluman)” di bahagian bawah.



5. Anda juga boleh mengubah atau memadam senarai pertanyaan dari Google Alerts. Untuk melakukan ini, pilih salah satu daripada pertanyaan dalam senarai “My Alerts (Makluman Saya)” dan kemudian tekan simbol bulat untuk mengubah dan ikon segi tiga untuk menghapusnya. Perkara ini perlu dilakukan untuk mengemaskini atau mengurangkan e-mel spam dari Google Alerts jika anda tidak lagi menggunakan salah satu pertanyaan.