Wednesday, April 21, 2021

Pengenalan Google

 


PENGENALAN

Dalam era pascamoden ini, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi kian aktif di seluruh pelusuk dunia. Perkembangan arus teknologi maklumat di dalam negara telah mempamerkan gaya hidup baharu serta mengubah cita rasa pengguna. Hampir setiap detik, rakyat Malaysia akan menggunakan teknologi maklumat dengan mengawal setiap perkara di hujung jari mereka sahaja. Hal ini menunjukkan bahawa teknologi maklumat diwujudkan bagi memudahkan kehidupan masyarakat seharian. Kerajaan Malaysia sedar bahawa teknologi maklumat mampu menjadikan negara ini duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju telah pun bertindak pantas dengan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mencapai wawasan tersebut.

Teknologi maklumat dan komunikasi ini mampu menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dunia. Melalui kemajuan dalam bidang penyebaran maklumat, masyarakat negara ini tidak akan ketinggalan untuk mengikuti perkembangan semasa memandangkan maklumat yang disalurkan adalah amat pantas. Hanya dengan memiliki sebuah komputer peribadi yang disambungkan dengan perkhidmatan laman sesawang, dengan sekelip mata, masyarakat boleh mendapatkan maklumat dari seluruh dunia. Contohnya, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan suatu aplikasi atau mesin pencari terkemuka iaitu Google dimana hasil cariannya ditampilkan melalui penggunaan algorithma rahsia. Dengan menggunakan aplikasi ini, masyarakat Malaysia boleh mengikuti perkembangan politik di Timur Tengah melalui skrin komputer mereka..

Google telah diasaskan oleh pelajar kedoktoran di Universiti Stanford iaitu Larry Page dan Sergey Brin pada tahu 1998 ianya kini telah menjadi salah satu syarikat yang paling pesat berkembang di seluruh dunia. Dari awal penubuhannya sebagai mesin pencari, ia telah mencapai perkembangan yang baik,  untuk merangkumi penyemak imbas Chrome, platform video YouTube, sistem operasi Android, rangkaian aplikasi untuk produktiviti (Dokumen Google, Helaian, dan Slaid), pemetaan (Peta Google, termasuk Streetside), rangkaian sosial (Google+), Google Alerts, Google Shopping dan banyak bidang internet yang lain. Aplikasi ini sebagai penyedia perkhidmatan dengan inisiatif Google Fiber dan Google Station. Enjin carian Google ialah laman web yang paling banyak digunakan dan dikunjungi di dunia. Google juga telah berusaha untuk menunjukkan hasil yang terbaik kepada pengguna dan juga menyediakan alat dalam talian lain seperti penyelesaian pemprosesan pembayaran, iklan berbayar, platform analitik, alat penemuan produk dan sebagainya. Oleh itu, penguasaan teknologi maklumat mampu menjadikan rakyat Malaysia sebagai masyarakat berinformasi dan berwawasan.

     Dengan adanya teknologi komunikasi dan maklumat ini, maka kita dapat melihat pengunaan internet mula berkembang dan banyaknya pembangunan aplikasi secara atas talian dibangunkan. Contohnya seperti pengunaan aplikasi Google, ianya adalah satu aplikasi percuma, untuk kita mendapatkan maklumat atau mencari capaian tertentu. Dengan penggunaan Google ini dapat memudahkan seseorang dalam mencari maklumat tertentu didalam apliasi tersebut.

     Pengunaan alat-alat didalam google drive banyak digunakan oleh sesebuah organisasi ataupun individu. Kerana penggunaan alat-alat ini lebih mempercepatkan proses pengumpulan data dan penyimpaian maklumat yang selamat. Aplikasi yang banyak digunakan pada masa kini adalah google form dan google document. Namun masih ramai lagi yang tidak mengetahui bagaimanakah fungsi alat tersebut dan cara untuk menggunakannya.

3 comments: