LANGKAH-LANGKAH
PEMBINAAN GOOGLE DOCUMENTS
1. Anda harus
membuka pautan Google seperti gambar rajah ini :-
2. Dan
setelah itu anda perlu menekan butang google apps di sebelah bucu kanan
bahagian atas pautan google skrin anda :-
3. Selepas
anda memilih butang Google apps, anda akan dapati banyaknya alatan atau
aplikasi yang anda boleh gunakan. Dan sekarang ini bagi mencipta google
documwnt anda perlu mencari alatan tersebut didalam google apps :-
4. Setelah
anda memilih aplikasi docs kini anda boleh mula mencipta google docs anda
sendiri. Disini anda akan dapati beberapa template yang disediakan untuk
kemudahan dan kegunaan anda. Diantaranya adalah Educations, letter, resume,
personal, Work, sale, legal, human resource, dan freelancer engagement. Anda
boleh memilih kategori template mengikut kesesuian anda. Jika anda ingin
memulakan docs anda tanpa menggunakan template ini anda boleh menekan pada
pilihan Blank.
5. Setelah
anda memilih Pilihan Blank anda akan sudah boleh membuat docs anda sendiri
mengikut citarasa anda. Anda juga boleh mengubah tajuk docs anda dengan menulis
di ruangan Untitled Document. Didalamnya juga terdapat pilihan pengubahsuian
hampir sama dengan microsfot word. Anda juga boleh memilih jenis Font, ukuran
dan pilihan lain mengikut kesesuian anda.
6. Setelah
anda selesai mencipta Google document anda sendiri, anda boleh menghantar docs
anda memlalui email atau memuat turun documents anda dalam bentuk Microsoft
word, Pdf file dan lain-lain lagi. Tidak itu sahaja jika anda seorang penulis
artikel ataupun blog, anda juga boleh terus memaparkan penulisan anda di laman
web google atau anda boleh terus print hasil kerja anda.
7. Setelah
anda selesai mencipta document anda, anda juga boleh menyimpan docs anda,
secara automatik ianya akan tersimpan didalam drive. Kita juga tidak perlu
khuatir jika sekiranya komputer dan telefon bimbit hilang atau rosak. Kerana
segala maklumat yang anda telah cipta tersimpan rapi didalam drive yang telah
anda kongsikan.
7.2
Dengan mengikuti langkah-langkah tadi, kini
anda telah berjaya mencipta google document anda sendiri tanpa sebarang
masalah. Seharusnya masyarakat didedahkan dengan penggunaan Google Document
kerana ianya dapat menjimatkan masa, serta melancarkan kerja harian dengan
rapi. Kita juga boleh menerokai aplikasi yang disediakan Google kepada
pelanggannya. Lebih banyak kita terokai kita dapati lebih banyak aplikasi yang
boleh kita gunakan pada masa akan datang.