GOOGLE
FORM DAN KAEDAH PENGGUNAANNYA
Google Form adalah sebuah alat daripada Google yang membolehkan kita gunakan untuk mengumpul maklumat daripada pengguna Google lain, dengan menggunakan borang kaji selidik ataupun kuiz. Oleh yang demikan borang tersebut dapat dihantar kepada mereka, dan mereka akan rmerespon kepada kaji selidik/soal selidik/kuiz yang dijalankan oleh anda. Setelah itu maklumat respon mereka akan dikumpulkan dan akan disambungkan secara automatik ke sebuah spreadsheet yang mengandungi data terperinci` mereka.
Google Form ini amat sinonim dengan pengunannnya pada masa kini. Pelajar dan guru di sekolah, mahasiswa dan pensyarah di universiti, serta pekerja di mana-mana sahaja di seluruh dunia telah menggunakan Google Form ini. Arus teknologi semakin berkembang pesat, dan dunia kini berkempen untuk meminimumkan penggunaan kertas bagi menjimatkan kos serta menjaga alam sekitar. Jadi alternatif seperti Google Form diaplikasikan untuk aktiviti harian seperti untuk menyiapkan tugasan atau projek, menjalankan kaji selidik, ataupun untuk membuat sebarang catatan kehadiran bagi kegunaan pejabat.
LANGKAH-LANGKAH
PEMBINAAN AKAUN GOOGLE
1.
Pertama
sekali, anda perlu memastikan anda mempunyai akaun Gmail. Dan perlu membuka
akaun gmail.terlebih dahulu.
2.
Selepas itu anda membuka dengan aplikasi Google
dengan memasukkan maklumat-maklumat yang di kehendaki oleh Google. Disini anda
di beri 2 pilihan sama ada membuka akaun untuk persendirian ataupun untuk tujan
bisnes anda.
3.
Dan yang terakhir sekali anda perlu memasukkan
maklumat-maklumat yang dikehendaki bagi menciptakan akaun Google anda secara
sah. Dan kemudian anda menekan butang berikutnya dan selesai.
LANGKAH
PEMBINAAN GOOGLE FORM
Setelah anda selesai medaftarkan akaun bersama
google dan membuka akaun Gmail anda, kini anda boleh mencipta Google form anda
sendiri. Disini akan diterangkan langkah-langkah bagi mencipta Google Form.
1.
Langkah pertama anda perlulah melayari laman
sesawang yang telah di sediakan seperti Chrome, Firefox, Windows only: Internet
Explorer 11, Microsoft Edge, Mac only: Safari. Dan anda boleh melayari pautan
google contohnya seperti ini :-
2. Langkah kedua ialah anda harus klik kepada
Google apps yang berada disudut sebelah kanan bahagian atas pada skrin laman
sesawang anda. Didalamnya anda akan dapati banyak alatan yang disediakan oleh
Google.
3.
Selepas anda klik kepada Google Apps, anda
perlu memilih alat Document untuk langkah selanjutnya.
4.
Selepas anda memilih alat Docs, anda akan
dipaparkan dengan pemilihan template document. Langkah seterusnya adalah anda
perlu klik butang di sebelah kiri sebelah atas pada bahagian paparan skrin
anda.
5.
Langkah seterusnya adalah anda akan mendapati
beberapa alat didalam pautan anda, seperti Docs, Sheet, Slides dan Form. Anda
perlu klik kepada Forms untuk memulakan ciptaan Google Form anda.
6.
Setelah anda sudah memilih aplikasi Forms, kini anda
dapat pelbagai jenis template didalam tempalte gallery yang disediakan oleh
Google untuk kegunaan anda, bagi menciptakan borang yang dikehendaki. Template
yang disediakan adalah personal, Work, Education, blank quiz dan pelbagai lagi.
8. Anda juga boleh membentuk Google Form anda
sesuai dengan apa yang anda inginkan. Anda boleh mengubah beberapa alat
didalamnya. Ada beberapa alatan yang boleh digunakan seperti Multiple choice,
dropdown, checkbox dan banyak lagi.
9. Setelah selesai anda membuina Google Form anda
sendiri, anda boleh menghantarkan borang anda kepada individu-individu yang
dihendaki bagi merespon kepada borang yang anda sediakan, samada melalui email
dan perkongsian link.
Penghantaran
melalui email :-
Penghantaran melalui
perkongsian link :-
Akhir sekali setelah
selesai anda mengikuti langkah-langkah yang diberikan kini anda berjaya
mencipta Google Form anda sendiri, tanpa ada seberang masalah. Dengan
pengunaanya yang mudah kini anda dapat mempercepatkan lagi penghantaran borang
dan kutipan maklumat dalam urusan kerja-kerja anda. Setelah anda berjaya
mencipta Google form tersebut anda boleh
menghubungkan dan kongsikan kepada orang lain. Anda mampu untuk melihat
kembali form yang telah dicipta dan semua respon yang datang daripada responden
dengan menekan semula link form anda dengan pergi ke tab responses. Dari situ,
pelbagai yang anda boleh dilakukan dengan taburan data yang telah tersimpan,
sama ada untuk bentangkannya untuk hasil projek atau lain-lain.