GOOGLE FORM DAN KAEDAH PENGGUNAANNYA
Google Form adalah sebuah alat daripada Google yang membolehkan kita gunakan untuk mengumpul maklumat daripada pengguna Google lain, dengan menggunakan borang kaji selidik ataupun kuiz. Oleh yang demikan borang tersebut dapat dihantar kepada mereka, dan mereka akan rmerespon kepada kaji selidik/soal selidik/kuiz yang dijalankan oleh anda. Setelah itu maklumat respon mereka akan dikumpulkan dan akan disambungkan secara automatik ke sebuah spreadsheet yang mengandungi data terperinci` mereka.
Google Form ini amat sinonim dengan pengunannnya pada masa kini. Pelajar dan guru di sekolah, mahasiswa dan pensyarah di universiti, serta pekerja di mana-mana sahaja di seluruh dunia telah menggunakan Google Form ini. Arus teknologi semakin berkembang pesat, dan dunia kini berkempen untuk meminimumkan penggunaan kertas bagi menjimatkan kos serta menjaga alam sekitar. Jadi alternatif seperti Google Form diaplikasikan untuk aktiviti harian seperti untuk menyiapkan tugasan atau projek, menjalankan kaji selidik, ataupun untuk membuat sebarang catatan kehadiran bagi kegunaan pejabat.
LANGKAH-LANGKAH PEMBINAAN AKAUN GOOGLE
1. Pertama sekali, anda perlu memastikan anda mempunyai akaun Gmail. Dan perlu membuka akaun gmail.terlebih dahulu.
2. Selepas itu anda membuka dengan aplikasi Google dengan memasukkan maklumat-maklumat yang di kehendaki oleh Google. Disini anda di beri 2 pilihan sama ada membuka akaun untuk persendirian ataupun untuk tujan bisnes anda.
3. Dan yang terakhir sekali anda perlu memasukkan maklumat-maklumat yang dikehendaki bagi menciptakan akaun Google anda secara sah. Dan kemudian anda menekan butang berikutnya dan selesai.
LANGKAH PEMBINAAN GOOGLE FORM
Setelah anda selesai medaftarkan akaun bersama google dan membuka akaun Gmail anda, kini anda boleh mencipta Google form anda sendiri. Disini akan diterangkan langkah-langkah bagi mencipta Google Form.
1. Langkah pertama anda perlulah melayari laman sesawang yang telah di sediakan seperti Chrome, Firefox, Windows only: Internet Explorer 11, Microsoft Edge, Mac only: Safari. Dan anda boleh melayari pautan google contohnya seperti ini :-
2. Langkah kedua ialah anda harus klik kepada Google apps yang berada disudut sebelah kanan bahagian atas pada skrin laman sesawang anda. Didalamnya anda akan dapati banyak alatan yang disediakan oleh Google.
3. Selepas anda klik kepada Google Apps, anda perlu memilih alat Document untuk langkah selanjutnya.
4. Selepas anda memilih alat Docs, anda akan dipaparkan dengan pemilihan template document. Langkah seterusnya adalah anda perlu klik butang di sebelah kiri sebelah atas pada bahagian paparan skrin anda.
5. Langkah seterusnya adalah anda akan mendapati beberapa alat didalam pautan anda, seperti Docs, Sheet, Slides dan Form. Anda perlu klik kepada Forms untuk memulakan ciptaan Google Form anda.
6. Setelah anda sudah memilih aplikasi Forms, kini anda dapat pelbagai jenis template didalam tempalte gallery yang disediakan oleh Google untuk kegunaan anda, bagi menciptakan borang yang dikehendaki. Template yang disediakan adalah personal, Work, Education, blank quiz dan pelbagai lagi.
8. Anda juga boleh membentuk Google Form anda sesuai dengan apa yang anda inginkan. Anda boleh mengubah beberapa alat didalamnya. Ada beberapa alatan yang boleh digunakan seperti Multiple choice, dropdown, checkbox dan banyak lagi.
9. Setelah selesai anda membuina Google Form anda sendiri, anda boleh menghantarkan borang anda kepada individu-individu yang dihendaki bagi merespon kepada borang yang anda sediakan, samada melalui email dan perkongsian link.
Penghantaran melalui email :-
Penghantaran melalui perkongsian link :-
Akhir sekali setelah selesai anda mengikuti langkah-langkah yang diberikan kini anda berjaya mencipta Google Form anda sendiri, tanpa ada seberang masalah. Dengan pengunaanya yang mudah kini anda dapat mempercepatkan lagi penghantaran borang dan kutipan maklumat dalam urusan kerja-kerja anda. Setelah anda berjaya mencipta Google form tersebut anda boleh menghubungkan dan kongsikan kepada orang lain. Anda mampu untuk melihat kembali form yang telah dicipta dan semua respon yang datang daripada responden dengan menekan semula link form anda dengan pergi ke tab responses. Dari situ, pelbagai yang anda boleh dilakukan dengan taburan data yang telah tersimpan, sama ada untuk bentangkannya untuk hasil projek atau lain-lain.
No comments:
Post a Comment