PENGENALAN
Dalam era pascamoden ini, penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi kian aktif di seluruh pelusuk dunia. Perkembangan arus
teknologi maklumat di dalam negara telah mempamerkan gaya hidup baharu serta
mengubah cita rasa pengguna. Hampir setiap detik, rakyat Malaysia akan
menggunakan teknologi maklumat dengan mengawal setiap perkara di hujung jari
mereka sahaja. Hal ini menunjukkan bahawa teknologi maklumat diwujudkan bagi
memudahkan kehidupan masyarakat seharian. Kerajaan Malaysia sedar bahawa
teknologi maklumat mampu menjadikan negara ini duduk sama rendah dan berdiri
sama tinggi dengan negara-negara maju telah pun bertindak pantas dengan
melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mencapai wawasan tersebut.
Teknologi maklumat dan komunikasi ini mampu menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dunia. Melalui kemajuan dalam bidang penyebaran maklumat, masyarakat negara ini tidak akan ketinggalan untuk mengikuti perkembangan semasa memandangkan maklumat yang disalurkan adalah amat pantas. Hanya dengan memiliki sebuah komputer peribadi yang disambungkan dengan perkhidmatan laman sesawang, dengan sekelip mata, masyarakat boleh mendapatkan maklumat dari seluruh dunia. Contohnya, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan suatu aplikasi atau mesin pencari terkemuka iaitu Google dimana hasil cariannya ditampilkan melalui penggunaan algorithma rahsia. Dengan menggunakan aplikasi ini, masyarakat Malaysia boleh mengikuti perkembangan politik di Timur Tengah melalui skrin komputer mereka..
Google telah diasaskan oleh pelajar kedoktoran di Universiti Stanford iaitu Larry Page dan Sergey Brin pada tahu 1998 ianya kini telah menjadi salah satu syarikat yang paling pesat berkembang di seluruh dunia. Dari awal penubuhannya sebagai mesin pencari, ia telah mencapai perkembangan yang baik, untuk merangkumi penyemak imbas Chrome, platform video YouTube, sistem operasi Android, rangkaian aplikasi untuk produktiviti (Dokumen Google, Helaian, dan Slaid), pemetaan (Peta Google, termasuk Streetside), rangkaian sosial (Google+), Google Alerts, Google Shopping dan banyak bidang internet yang lain. Aplikasi ini sebagai penyedia perkhidmatan dengan inisiatif Google Fiber dan Google Station. Enjin carian Google ialah laman web yang paling banyak digunakan dan dikunjungi di dunia. Google juga telah berusaha untuk menunjukkan hasil yang terbaik kepada pengguna dan juga menyediakan alat dalam talian lain seperti penyelesaian pemprosesan pembayaran, iklan berbayar, platform analitik, alat penemuan produk dan sebagainya. Oleh itu, penguasaan teknologi maklumat mampu menjadikan rakyat Malaysia sebagai masyarakat berinformasi dan berwawasan.